المدة الزمنية 12:27

Ingkar Arahan PKP: Selamba Berkumpul Tak Jaga Jarak Sosial - Luahan seorang doktor

بواسطة KL Media Channel
2 090 مشاهدة
0
36
تم نشره في 2020/04/16

Walaupun sudah memasuki fasa ketiga, masih ramai yang ingkar dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Orang ramai dilihat masih keluar rumah dan tidak mematuhi amalan penjarakan sosial. Perkara ini telah menimbulkan rasa marah doktor yang bertugas sebagai barisan hadapan menentang wabak. Menerusi sesi live di Facebook, Dr Hairin Anisa Tajuddin meluahkan rasa kebimbangannya mengenai sikap ambil lewa penduduk sekitar Johor Bahru. Menurutnya, masih ramai yang berdegil seolah-olah tiada apa yang berlaku. Dr Hairin Anisa meluahkan rasa kecewa dengan sikap tidak bertanggungjawab segelintir masyarakat. Katanya, dia menerima banyak aduan daripada pesakit mengenai masih ramai penduduk tidak mengamalkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Penduduk dengan selamba berkumpul dan tidak mengamalkan social distancing. Doktor berasa sangat marah kerana sikap degil ini seperti mengundang virus menjangkiti mereka. Sebagai petugas barisan hadapan, doktor tidak mahu berterusan memakai set perlindungan diri (PPE) dan mahu segera bersama keluarga dengan selamat. Doktor juga merayu supaya penduduk dengan segera mematuhi perintah kerajaan dalam usaha memerangi wabak ini daripada terus tersebar. Sumber : Dr Hairin Anisa Tajuddin

الفئة

عرض المزيد

تعليقات - 15